KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN RIKEN DENGAN NAIB CANSELOR
PULAU PINANG , 19 Dis. 2012 – Naib Canselor, Y. Bhg. Prof Dato’ Omar Osman baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat dari pegawai-pegawai pengurusan tertinggi RIKEN yang yang di ketuai oleh Mr. Teruo FURUYA, Pengarah Eksekutif RIKEN.
Dalam sesi kunjungan ini, beliau berkongsi pengurusan pentadbiran terutamanya dari segi pengambilan staf sama ada akademik dan pentadbiran.
Menurut Furuya, USM dan RIKEN memang sinonim dengan kerjasama penyelidikan, namun kali ini, beliau ingin berkongsi dari aspek pengurusan. Beliau berkata, pengambilan staf di RIKEN berdasarkan kepakaran yang menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada bidang-bidang tertentu sahaja.
“Pada masa ini, misi RIKEN adalah untuk mendapatkan para pekerja yang fleksible dan menyokong penuh kepada penyelidikan serta menjadi penghubung di antara RIKEN dan masyarakat,” jelas beliau yang pertama kali berkunjung ke USM dan Pulau Pinang.
Omar pula berkata, proses pengambilan di USM adalah sebaliknya berbanding dengan amalan di RIKEN iaitu merekrut staf yang berkelayakan di dalam bidang tertentu dan spesifik.
``Namun demikian, setelah banyak pengalaman yang dilalui, seseorang itu akan dapat menguruskan sesebuah organisasi beserta bidang khusus yang diceburinya dan dapat membantu di dalam kejayaan sesebuah universiti,’’ ujarnya.
Delegasi dari RIKEN juga melawat Pusat Biologi Kimia (CCB),Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) dan menikmati keenakan rasa durian di Eco Hub, USM. Teks: Nor Rafizah Md Zain/ Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 2073