RAYA@USM DISAMBUT MERIAH SEKALI
PULAU PINANG, 7 Julai 2018 – Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) atau Raya@USM yang dirancang telah berjalan dengan jayanya pada 5hb Julai yang lalu, yang mengetengahkan konsep ‘pot luck’ bagi tahun ketiga berturut-turut.
Kehadiran lebih 3,000 warga USM telah menambahkan lagi suasana meriah dalam semangat kekeluargaan dengan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertungkus lumus menyediakan dan menghidangkan makanan secara bekerjasama antara ketua PTJ dan staf.
Raya@USM kali ini telah menyajikan lebih 50 hidangan makanan dari pelbagai PTJ termasuk Sate, Char Koay Teow, Mee Rebus, Bihun Sup, Nasi Tomato, Kambing Golek, Aiskrim, Ais Kacang, dan pelbagai lagi.
Majlis seperti ini menjadi medan untuk mengukuhkan ukhwah di antara warga kampus dengan pengurusan tertinggi, di samping meraikan suasana muhibbah yang turut menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelajar dari luar negara.
Turut hadir memeriahkan sambutan Raya@USM pada tahun ini adalah Pro-Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan dan isteri Puan Sri Tan Lee Hong, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan suami, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Zakaria serta ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti dan Pengurusan Tertinggi.
Kesemua warga USM yang hadir turut beramah mesra dengan para kenamaan di samping mengambil peluang mengabadikan kenangan dengan turut berswafoto.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1298