POHON BERAKSA DI KAMPUS USM
Pulau Pinang, 20 Disember, Kini di pagar kediaman rasmi Naib Canselor USM, Anjung Jannatun dan di hadapan pintu Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) sedang berkembang bunga "pohon beraksa" yang indah berwarna kuning diraja dan berambu-rambu.
Menurut cendekiawan dan tokoh akademik Prof. Md. Salleh Yaapar, bunga ini mempunyai kedudukan istimewa dalam kearifan tempatan khususnya dalam kalangan orang-orang Melayu.
“Ia adalah tanda keuntungan dan kebesaran, khususnya yang berkait dgn raja-raja. Ia tersebut dalam 5 buah karya sastera kelasik Melayu, terutamanya dalam Syair Siti Zubaidah Perang China,” kata Md. Salleh.
Dalam syair tersebut Siti Zubaidah, yang merempuh hutan belantara mencari suaminya Sultan Zainal Abidin yang tertawan di China, melahirkan puteranya di bawah pohon berkasa.
“Kelahiran putera itu disambut dengan bunga pohon ini berkembang indah. Ini tanda bahawa alampun menyambut kelahiran seorang putra yang yang bakal menjadi raja besar,” kata Md. Sallejh lagi memetik kata-kata dari syair tersebut.
Nama saintifik pokok/bunga ini ialah cassia fistula; nama Inggerisnya laburnum. Masyarakat Melayu moden tidak arif, justeru tidak peduli tentang kelebihan pohon/bunga ini.
“Orang Thai nampaknya lebih arif. Mereka kenalinya sebagai "khun", dan telah lama menobatnya sebagai Bunga Kebangsaan!” jelas Md. Salleh lagi.
Katanya lagi, pohon ini dibawa ke Belanda dan ditanam di Hortus Botanicus, Leiden University pada abad ke 16; cucu cicitnya bertanda tahun 1601 masih subur dengan bunga kuning diraja berkembang mekar di tepi tingkap pejabat ‘European Chair of Malay Studies’.
Prof. Md. Salleh Yaapar kini adalah Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan bahasa dan Pustaka yang pernah menyandang Kursi Pengajian Melayu di Leiden University sedikit masa dahulu.
- Created on .
- Hits: 3573