WARGA USM DISERU SUMBANG BANTU TABUNG PENDIDIKAN GAZA
Melihat mata anak-anak kecil yang menderita bahang kemusnahan negara Palestin, penderitaan rakyat dan pembinaan sebuah negara yang dilanda oleh keganasan mereka yang angkuh, terdetik betapa bertuahnya kita yang diberikan rezeki melimpah ruah, apatah lagi pada bulan ini, Disember dan Januari tahun hadapan mengecapi nikmat bonus, yang sewajarnya dapat dikongsi sedikit bersama mereka ini.
Sebagai tanda prihatin warga USM untuk pendidikan anak-anak Palestin dalam jangka panjang, Naib Canselor, Profesor Dato’ Omar Osman merayu dan memohon kesudian seluruh warga kampus memberikan sumbangan ikhlas melalui potongan gaji secara berterusan untuk mengisi Tabung Pendidikan Palestin.
Universiti mensasarkan untuk membantu anak-anak Palestin melalui Tabung Pendidikan Palestin termasuk memberikan biasiswa secara berterusan dalam jangka panjang.
“Bayangkan jika setiap warga USM menyumbang secara tetap selama setahun pada kadar paling tidak pun RM20.00 seorang setiap bulan, berapa banyak yang dapat kita bantu dan sumbangkan sebagai satu ibadah yang lahir dari jiwa kemanusiaan yang sedar betapa bertuahnya kita selama ini di negara ini,” kata Naib Canselor.
Yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Encik Khairul Eruwa Abdul Halim, Penyelaras Program Bantuan Kemanusiaan Untuk Gaza, Palestin, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. Tel: 04-653 2505 Faks: 04-658 1745 Emel:
Borang potongan gaji boleh dimuat turun di Forum Warga USM dan berikut adalah URL yang berkaitan http://forumwarga.usm.my/?page_id=4/informasi-dari-pentadbir-emel/borang-kebenaran-untuk-membuat-potongan-gaji-bagi-sumbangan-program-bantuan-kemanusiaan-usm-untuk-gaza-palestin . Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 2356