USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGHUNI RUMAH PENYAYANG WADI SAKINAH DIRAI

34051762 2189428211097716 3130086308928552960 n

PULAU PINANG, 31 Mei 2018 – Hampir 40 anak-anak yatim, asnaf zakat dan fakir miskin yang dinaungi Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Sungai Petani dirai bersempena Majlis Berbuka Puasa peringkat Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Anak-anak berkenaan dibawakan khas ke kampus oleh Persatuan Wanita USM, yang saban tahun komited memberi sumbangan kepada golongan anak-anak kurang bernasib baik  dan menceriakan hari mereka dengan pelbagai aktiviti bersama.

Selain berbuka puasa, anak-anak Rumah Penyayang Wadi Sakinah turut diberi peluang mengunjungi beberapa lokasi tumpuan di Universiti termasuk Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah.

34070242 2189428044431066 2973527153192206336 n

Majlis iftar berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran Pro-pro Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan, selain turut dihadiri Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj. Wan Salim Wan Mohd Noor.

Majlis bersempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak itu dianjurkan bertujuan mengukuhkan ukhwah dalam kalangan warga kampus USM dan menyemarakkan lagi amalan di bulan mulia itu.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang juga hadir ke majlis berkenaan serta pegawai-pegawai utama Universiti turut berpeluang beramah mesra dengan ahli-ahli Lembaga Gabenor Universiti, mantan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan tetamu luar yang turut dijemput khas ke majlis berkenaan.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: MPRC   

  • Created on .
  • Hits: 1644

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024