USM CEMERLANG RANGKUL 11 EMAS DI ITEX 2018
KUALA LUMPUR, 11 Mei 2018 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kecemerlangan inovasi penyelidikan apabila berjaya merangkul 11 emas, 8 perak dan 1 gangsa di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2018) ke-29 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Turut menjadi kebanggaan buat USM apabila majoriti pemenang emas adalah dalam kalangan penyelidik muda yang berpotensi besar melangkah lebih jauh di dalam penyelidikan rentas antarabangsa.
Ini juga bermakna USM memperoleh 100% kemenangan kerana kesemua 20 produk penyelidikan yang dipertandingkan telah berjaya mendapat pingat.
Pengarah Pejabat Inovasi dan Pengkomersialan USM, Profesor Dr. Hanafi Ismail berkata pencapaian ini cukup bermakna buat USM dengan terbentuknya pelapis muda yang bakal mengharumkan nama universiti pada peringkat yang lebih tinggi selepas ini.
Keputusan keseluruhan pencapaian penyelidik-penyelidik USM bersama produk mereka masing-masing adalah seperti di bawah:
EMAS
Dr. Al Hafiz Ibrahim – P-LOCK
Dr. Faiz Bukhari Mohd Suah – A Green Electrochemical Reactor for Total Recovery of Gold from an E-Waste
Dr. Go Furusawa – Bioflocculant AuDC
Profesor Madya Dr. Ir. Leo Choe Peng – SuperAsh Coating for Floodproofing
Profesor Dr. Mani Maran Ratnam – Moire Cloud Application for High-Sensitivity Crack Measurement via Smartphone Interface
Dr. Mohd. Hazwan Hussin – PALMSIVE: Formaldehyde-Free Industrial Wood Adhesives and Preservatives
Dr. Muhammad Nasiruddin Mahyuddin – Automated Test System for Automotive Instrument Cluster
Profesor Madya Dr. Nor Shafrin Ahmad – Adolescent Anger Instrument (AAI): An Instrument to Measure Anger Expressions Quickly and Precisely
Dr. Nur Faeza Abu Kassim - M-PAK TRAP (Mosquito Population Attract and Kill Baits)
Profesor Madya Dr. Suzylawati Ismail – ZwitAd: Zwitterionic Adsorbent Coating for Effluent Treatment
Dr. Yanti Johari – D-Hybridfil Flow
PERAK
Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan – Enviro Shield: The Smart Self-Clean & Anti-Stick POFA Coat
Profesor Madya Dr. Dasmawati Mohamad – 3D-Craniofacial Polymide Composite Customised Implant
Dr. Foo Keng Yuen – Eco-environmental Clay
Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed – cE-Gel: Coconut Water-Based Energy Gel
Profesor Madya Dr. Maizurah Omar – USM Tobacco Quitline System
Dr. Norilmi Amilia Ismail – CanSat Kit for Education (CAKED)
Profesor Dr. Widad Ismail – Energy Harvester for Human Crowd Density Estimation
Dr. Yam Mun Fei – ABBT as an Effective Anti-Hypertensive Agent
GANGSA
Dr. Raa Khimi Shuib – MRE-Damper: An Innovative Vibration Absorber
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 1345