USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MUVCF 2012: 23 NC LUAR NEGARA HADIR, TUJUH RESOLUSI TURUT DICAPAI

usmvc

KUALA LUMPUR, 4 Dis. 2012 -  Seramai lebih 50 orang Naib Canselor (NC) dan 23 daripadanya adalah daripada universiti luar negara telah menghadiri 2nd Muslim Universities Vice-Chancellors’/Presidents Forum 2012 (MUVCF 2012)  di Hotel Royal Chulan di sini baru-baru ini.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Dato’ Omar Osman berkata, MUVCF didakan bertujuan menemukan cerdik pandai dan cendikiawan Islam yang komited untuk melakarkan masa depan Ummah berdasarkan pemikiran dan pendekatan baru tanpa pengaruh dan kongkongan pemikiran Barat.

Katanya, tujuh resolosui berjaya dicapai sepanjang perbincangan intensif selama dua hari tersebut, antaranya melibatkan usaha ke arah mewujudkan rangkaian pendidikan tinggi Islam, focus group untuk mengkaji perbezaan subjek pendidikan sekular dengan Islam dan keperluan untuk pendokumentasian dan penyebaran kurikulum yang holistik.

``Selain itu, persidangan turut memberi cadangan untuk memberikan latihan intensif kepada tenaga pengajar Falsafah Islam dan Pengetahuan Moden, mengemaskini kurikulum dan metodologi pengjaran Islam yang lebih bersepadu dan memastikan setiap pembelajaran diterapkan dengan nilai Islam.

``Pembelajaran di instutusi pengajian juga harus memfokuskan kepada pembelajaran tidak formal seperti rancangan ko-kurikulum dan sebagainya. Demikian antara resolusi yang berjaya diketengahkan melalui MUVCF,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas selepas merasmikan majlis penutup MUVCF yang bertemakan ‘Translating the Islamic Education Philosophy into Actions’ itu.

Omar turut berkata, Universiti adalah tempat pembinaan Ummah masa hadapan melalui pembentukan jati diri dan sahsia para pelajar yang juga bakal graduan.

DSC 7109

Katanya, penganjuran program seperti MUVCF dapat menyemarakkan lagi usaha ke arah meningkatkan kefahaman sejagat dalam pembentukan asas Ummah yang terbilang, di samping berpeluang mewujudkan jalinan kerjasama di antara semua universiti Islam dalam dan luar negara.

Sementara itu, MUVCF yang diadakan dua tahun sekali tersebut adalah anjuran USM melalui Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).

Seramai lapan penceramah telah berkongsi pandangan dan pembentangan kes dari negara masing-masing seperti Turki, Tunisia, Canada, United Kingdom, Mesir dan Pakistan dengan ucaptama disampaikan oleh Profesor Dr. Osama El-Sayed Mahmoud Al-Azhari dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Teks: Nor Rafizah Zain/Foto: Mohd. Fairus Md.Isa

  • Created on .
  • Hits: 2118

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024