USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERUS ANJUR PROGRAM ‘A DAY FOR HEAVEN KIDS 3.0’

heart

USM, PULAU PINANG, 30 April 2018 - Program ‘A Day For Heaven Kids’ yang diadakan baru-baru ini merupakan salah satu program tahunan yang dirancang pelajar kursus pendidikan khas tahun tiga di bawah Persatuan Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Penganjuran projek ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi jurusan Pendidikan Khas USM melibatkan diri secara aktif dan holistik dari segi perancangan, pengorganisasian, pengurusan dan pentadbiran. 

Penyertaan dalam projek ini memberikan pendedahan awal untuk para pelajar mengenai pengurusan terutamanya cara untuk berkomunikasi dan mengurus murid pendidikan khas. 

Program ini juga bertujuan meraikan kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down dan Autisma bersempena Bulan Kesedaran Sindrom Down dan Autisma.

Selain itu, program ini juga dianjurkan bagi menyalurkan dana kepada golongan yang kurang bernasib baik sekaligus mengajak warga USM untuk bergembira sambil beramal dengan memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak istimewa ini.

Program ini melibatkan 59 pelajar pendidikan khas dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan bersama pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Aznan Che Ahmad.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1135

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024