STATUS OKU BUKAN PENGHALANG
PANTAI KELULUT, MARANG, TERENGGANU, 25 April 2018 – Kapas Marang International Swimathon 2018 yang diadakan baru-baru ini menyaksikan Dr. Mohd Sharizal Bin Abdul Aziz, 35, yang merupakan atlet perenang dalam acara sukan Para Olimpik dan juga merupakan seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan tenang dapat menyempurnakan renangan menyeberangi lautan dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut Terengganu bersama perenang-perenang normal yang lain.
Lebih mengejutkan lagi apabila Mohd Sharizal, dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, telah bersaing dalam kategori terbuka di Kejohanan ini dan berjaya menduduki podium.
Renangan adalah sejauh 6.5 km yang bermula dari Pulau Kapas Ke Pantai Kelulut, Marang dan seramai hampir 650 peserta berentap di Kejohanan Ekstrem Laut Terbuka ini.
Acara ini merupakan acara renang paling besar dan paling ramai penglibatan peserta di Malaysia.
Kejohanan ini dijayakan bersama Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, Majlis Daerah Marang, 100plus, F&N Ice Mountain, Aqua Sphere, Brooks dan 2XU.
Suntingan: MPRC
- Created on .
- Hits: 1041