USM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN UISU MEDAN
PULAU PINANG, 5 April 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kerjasama dengan Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), Medan Indonesia dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pendidikan, sains sosial dan juga sains tulen.
Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, kerjasama USM dengan universiti-universiti di Indonesia bukanlah asing malah sehingga kini USM telah menjalinkan 63 kolaborasi di Indonesia termasuk Medan, Acheh dan Sumatera.
“Saya berharap jalinan kerjasama ini akan diperkukuh dan dipanjangkan lagi dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA),” kata Naib Canselor USM.
UISU adalah universiti swasta tertua di luar Pulau Jawa dan kini mempunyai seramai 8,000 pelajar dan 300 pensyarah.
“Pihak UISU ingin meneruskan kerjasama dengan pakar USM dalam bidang-bidang pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran,” kata Rektor UISU, Profesor Dr. Ir. Mhd. Asaad di majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dan UISU.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Timbalan Rektor Kerjasama, Dr. H. Syarifuddin El Hayat dan empat orang lagi delegasi UISU.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1057