USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MISI ‘ABORIGINAL OUTREACH’ DEKATI MASYARAKAT ORANG ASLI

fgdfg 800x600

POS BELATIN, GUA MUSANG, 5 April 2018 – Seramai 32 orang warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang terdiri daripada 25 pelajar perubatan dan tujuh kakitangannya telah menyertai program “Aboriginal Outreach” bersama penduduk Orang Asli di Kampung Chacoh, di sini selama tiga hari dua malam bermula pada 30 Mac hingga 1 April 2018.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Nabil Rifhan Mohd Zaidi, program yang menggambarkan kebersamaan warga USM ini merupakan penganjuran bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dan telah dianjurkan setiap tahun sejak 2008.

”Objektif program antaranya adalah untuk menanam rasa tanggungjawab dan sifat kesukarelawanan untuk memberikan khidmat sosial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan sosial sebagai satu langkah ke arah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa”.

”Selain itu program ini juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat dan mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dalam komuniti yang sebenar di samping dapat membina profil penduduk serta mengadakan kelas-kelas tambahan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk,” tambah Nabil.

gffbg 640x480

Pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana antaranya pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pelajar perubatan, sukan rakyat, Latihan dalam Kumpulan (LDK) bertajuk ‘Learning is Fun’ dan sesi bual bicara tentang pentingnya pelajaran dan ilmu pengetahuan dalam kehidupan, serta para peserta turut mengajar anak-anak orang asli tentang peta minda bagi memudahkan mengingatkan sesuatu ilmu yang dipelajari.

Impaknya, program ini cukup berpotensi untuk menjayakan hasrat universiti ke arah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bersaing memburu kecemerlangan akademik, bahkan mampu untuk melahirkan graduan yang prihatin, berdisiplin dan berkepimpinan.

Bagi salah seorang peserta program, Nurul Aini Mohd Yaasin berkata, menyantuni masyarakat Orang Asli membawa kepada pengalaman baru buat pelajar sains perubatan itu apabila didedahkan dengan budaya, rutin kehidupan serta ‘survival’ dan ini satu pendedahan berguna kepadanya.

''Apabila kita bersama masyarakat Orang Asli, betapa kita sedar banyak ilmu yang ada pada mereka masih belum dikongsi sepenuhnya dengan masyarakat luar seperti kemahiran ‘survival’ di kawasan pedalaman serta dekatnya jiwa mereka dengan alam," katanya.

DSC 0162

Menurut Ketua Ekspedisi, Dr. Shaik Farid Abdull Wahab yang juga Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan USM, program kali ini menerapkan elemen keperluan pendidikan bagi masyarakat Orang Asli dan membawa mereka kepada satu perubahan, bukan hanya minda tetapi fizikal agar kehidupan masa hadapan menjadi lebih baik.

''Kita melaksanakan aktiviti akademik bersama anak-anak Orang Asli supaya ia dapat menyuntik semangat mereka untuk belajar dengan lebih gigih sehingga masuk ke institusi pengajian tinggi," ujarnya.

Rosli Aron, selaku Ketua Kampung atau Tok Batin di perkampungan tersebut pula berkata, kehadiran warga USM ke kawasannya a

mat menggembirakan penduduk kerana kampung ini adalah perkampungan yang terpencil dan jarang dikunjungi masyarakat luar,” ujar Rosli.

DSC 0152

DSC 0143

“Saya pohon agar pihak USM lebih kerap hadir ke kampung kami terutamanya untuk memberi semangat kepada anak-anak Orang Asli di sini dan menasihati mereka supaya mengutamakan pendidikan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan,” katanya.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan/Foto: Wan Nur fashehah Wan Abd Rahman

  • Created on .
  • Hits: 1579

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024