USM RAI ANAK-ANAK ISTIMEWA - PROGRAM “WE ARE FOR YOU”
PULAU PINANG, 1 April 2018 - Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin berjaya melaksanakan program “We Are For You” yang meraikan anak-anak istimewa.
Menurut pensyarah PP Sains Kemasyarakatan, Dr. Syazwani Drani, program yang dirancang ini berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan dari pensyarah-pensyarah yang terlibat melalui platform kerja sosial PPSK.
Tambahnya, peserta yang hadir dari pelbagai negeri begitu bersungguh-sungguh demi mendapatkan ilmu dan kemahiran untuk anak-anak mereka yang teristimewa.
“Terharu, sebak dan gembira bercampur baur melihat kegigihan ibu bapa yang hadir demi anak-anak yang dikasihi ini dan program ini pastinya tidak akan berjaya tanpa sokongan padu dari Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Dekan PPSK Professor Dr. Azlinda Azman yang hadir bagi merasmikan program serta barisan ahli jawatankuasa,” katanya.
Tidak dilupakan juga adalah barisan speaker yang hebat bagi setiap sesi seharian ini serta sukarelawan USM yang merupakan pelajar tahun akhir Kerja Sosial USM.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Dr. Syazwani Drani
- Created on .
- Hits: 1289