USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAMPUS KEJURUTERAAN BERPERANAN PENTING DALAM KECEMERLANGAN USM - NC

DSC 4521 800x600

NIBONG TEBAL, 15 Mac 2018 - Kampus Kejuruteraan berperanan besar dalam kecemerlangan Universiti Sains Malaysia (USM).

Berikut dinyatakan oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapan perasmian beliau di Career Fair 2018 di sini hari ini.

“Tahun demi tahun, Kampus Kejuruteraan telah menjadi permata kepada universiti melalui pencapaian-pencapaian signifikan yang sentiasa menaikkan nama serta kedudukan USM.

“Malah, subjek-subjek yang ditawarkan di kampus ini telah berjaya meletakkan kedudukan USM sebagai antara universiti yang terbaik di dunia melalui QS World University Rankings,” tambah Asma di hadapan mereka yang hadir termasuklah wakil-wakil industri yang turut serta dalam Career Fair 2018 ini.

DSC 4497 800x600

Career Fair merupakan program Flagship USM yang dianjurkan oleh Pelajar dari Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Bahagian Hal EHwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan tahun ini merupakan tahun ke-12 ianya diadakan.

Selain daripada itu, Asma turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak industri yang sentiasa menjadikan USM dan pelajarnya sebagai pilihan utama dalam setiap peluang yang wujud dan ini seterusnya dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua belah pihak.

“Perkara ini dapat dibuktikan dengan jumlah penajaan yang konsisten saban tahun, malah Career Fair 2018 telah mencipta satu rekod baharu yang mana jumlah penyertaan telah mencapai jumlah maksimum iaitu sebanyak 68 buah syarikat,” kata Asma.

DSC 4745 800x600

“Pastinya, perkara ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama daripada setiap tenaga pelajar yang terlibat yang mana ianya sangat membanggakan apabila kebolehan dan semangat pelajar berjaya dipaparkan dalam penganjuran acara besar seperti ini,” tambah beliau.

Asma selepas majlis pelancaran turut meluangkan masa untuk mengunjungi tapak-tapak pameran yang terlibat sambil diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

DSC 4689 800x600

Career Fair 2018 akan berlangsung selama dua hari mulai 14 Mac hingga 15 Mac 2018 di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan, USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim

  • Created on .
  • Hits: 894

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024