USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UNIT AUDIT DISARAN TERAJU URUS TADBIR TERBAIK

usmaudit

PULAU PINANG, 27 Nov – Staf-staf Unit Audit Dalam (UAD) disarankan supaya menjadi nadi untuk menetapkan dan menerajui satu urus tadbir yang boleh dijadikan tanda aras, selain turut bersama-sama dengan Universiti sebagai satu organisasi dan mencari jalan kerja bersama-sama.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Omar Osman berkata, Universiti adalah sebuah organisasi yang perlu terus hidup dan sentiasa melonjak ke hadapan walaupun adakalanya ia tergelincir.

Katanya, adalah menjadi satu tanggungjawab besar kepada warga kampus untuk mencapai satu tadbir urus yang tinggi dan memperlihatkan universiti sebagai sebuah organisasi yang menguruskan manusia dan bukannya menguruskan proses.

``Audit pengurusan perlu diperkukuhkan demi menjamin kelangsungan sebah tadbir urus yang cemerlang dan mewujudkan persepsi yang lebih baik terhadap hala tuju dan pengurusan universiti,’’ ujar beliau dalam ucapannya sempena majlis sambutan 30 tahun Penubuhan UAD.

Turut hadir ialah mantan Ketua Unit Audit Dalam, Puan Salmiah Che Puteh dan Tuan Haji Md Salleh Merican serta mantan staf-staf UAD yang lain.

Dalam pada itu, Juruaudit Kanan UAD, Ibrahim Rapiee pula berkata, sambutan ulangtahun tersebut diadakan sempena mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh mantan-mantan dan bekas staf.

Tambahnya, sebuah biografi turut diterbitkan untuk mengimbau kembali sejarah penubuhan UAD serta menterhjemahkan bidang tugas UAD untuk lebih difahami oleh masyarakat kampus. Teks: Syarifah Darweena/Foto: Mohd. Azrul Azhar

  • Created on .
  • Hits: 2570

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024