USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGERUSI KAWAI CORPORATION, JEPUN KONGSI PENGALAMAN BERSAMA PELAJAR USM

DSC 2375

NIBONG TEBAL, Mac 2018 – Pengerusi Kawai Corporation Jepun, Shinichi Saku membuat kunjungan hormat serta berkongsi pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal baru-baru ini. 

“USM sentiasa mengalu-alukan sebarang idea baharu yang dapat membantu universiti ke arah kecemerlangan,” kata Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria ketika menerima kunjungan hormat tersebut. 

“Kita sentiasa bersikap terbuka dalam memberikan peluang kepada tenaga-tenaga pakar di kampus ini untuk sebarang kolaborasi masa hadapan bersama dengan pihak industri termasuklah dari Kawai Corporation,” kata Nor Azazi melalui perbincangan yang turut disertai oleh dekan-dekan di Kampus Kejuruteraan.

DSC 2394 800x600

Lawatan kali pertama oleh pengerusi Kawai Corporation ini adalah bertujuan untuk melebarkan sayap hubungan dua hala antara USM-Kawai Corporation melalui tenaga pakar dan jurutera-jurutera mahir di kampus ini.

“Saya sangat teruja dan minat dengan program-program yang ditawarkan di USM dan ianya seiring dengan kehendak teknologi yang diguna pakai di dalam Kawai Corporation,” kata Shinichi. 

“Kami yakin dengan kerjasama kepakaran yang akan diwujudkan memandangkan USM adalah sebuah universiti yang bukan sahaja cemerlang di dalam negara malah di peringkat global juga,” tambah beliau.

Di majlis yang berlainan, turut diadakan adalah Sesi Perkongsian Ilmu antara Kawai Corporation dan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) USM.

DSC 2414

Sesi ini turut melibatkan seorang pelajar tahun akhir Kursus Elektronik PPKEE, Chen Chin Boon, 24, yang dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menjalankan latihan industri di syarikat itu sebelum ini.

Melalui sesi ini, pelajar diberi kesempatan untuk bertanya secara langsung kepada wakil-wakil dari Kawai Corporation mengenai permasalahan dengan bidang-bidang yang berkaitan dan mereka turut mendapat peluang untuk menyerahkan resume masing-masing secara langsung kepada wakil yang hadir.

DSC 2425 800x600

Shinichi mengakhiri sesi tersebut dengan rasa puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar serta memenuhi kriteria yang diperlukan oleh syarikat seperti berpandangan jauh, kreatif dan mahir dalam bidang masing-masing.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 1452

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024