USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAINTIS WANITA KONGSI PENGALAMAN DAN CABARAN

usmsonnia

PULAU PINANG, 29 Nov. 2012 – Saintis wanita dari Universiti McGill, Kanada,  Profesor Sonia Aissa telah berkongsi pengalaman dan cabaran beliau sepanjang menjadi seorang saintis wanita bersama-sama warga Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu majlis khas di sini baru-baru ini.

Beliau ialah seorang saintis di bidang elektrik dan kejuruteraan komputer di National Institute of Scientific Research-Energy, Material and Communications (INRS-EMT), University of Quebec, Montreal,Canada.  

“Adalah menjadi cabaran yang besar kepada saya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang majoritinya dikuasai oleh kaum lelaki.

``Namun setelah 14 tahun dalam bidang ini dan menjadi satu-satunya saintis wanita, beliau menyeru kepada semua wanita untuk tidak gentar menceburi bidang yang dikuasai oleh kaum lelaki,” katanya.

Beliau telah menyampaikan syarahan umum bertajuk “Reaching for the Stars: Experiences & Challenges for Women in Science” bertempat di Dewan Kompleks Cahaya, USM.

Syarahan beliau mendapat sambutan dan perhatian banyak pihak, termasuk warga kampus lelaki yang ingin mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau.

Fokus kajian beliau adalah di dalam bidang jaringan radio kognitif dan beliau adalah pakar dalam bidang komunikasi tanpa wayar. Beliau juga Founding Chair of the Montreal Chapter, Institute of Electrical and Electronics Engineers (IIIE) Women in Engineering Society.

Turut hadir Pengarah, Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) , Prof. Datin Rashidah Shuib, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Pengajian Siswazah (IPS), Prof. Abdul Rahman Othman dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) IPS, Prof. Othman Sulaiman. Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 2802

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024