#USMFIT JELAJAH LALUAN USMFIT TRAIL
PULAU PINANG, 3 Mac 2018 – Sejak pelancaran program #USMFIT pada 21 Februari yang lalu, buat pertama kalinya laluan USMFIT Trail mula digunakan oleh warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan diketuai oleh Pensyarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Muhamed.
Jelajah laluan tersebut adalah sepanjang dua kilometer dan berketinggian 49 meter ini disertai oleh lebih 50 orang peserta sempena #USMFIT Jabatan Pendaftar.
Program #USMFIT pada petang semalam telah menggunakan 'USMFIT Trail' di USM yang hampir 80% siap dibina.
Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail juga turut hadir dalam program ini dengan menyertai acara senamrobik.
Program #USMFIT Jabatan Pendaftar yang dimulakan sejak Januari lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan staf USM.
Sekaligus ia telah mula menunjukkan perkembangan baik ke arah membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga USM, seperti yang diharapkan Pendaftar USM, Dr. Haji Musa Ali.
“Ini merupakan program yang dapat memberikan motivasi kepada warga USM dalam menjalani gaya hidup sihat,” kata Mureza Shamin Muhammad dari Bahagian Sumber Manusia antara salah seorang staf yang sering kali menyertai program ini.
Menurut Muhamad Sidik Abdul Rahim dari Jabatan Keselamatan, pengalaman melalui 'USMFIT Trail' mencabar kecerdasan minda dan fizikal kerana sebelum ini kita hanya melalui laluan biasa di kampus.
Program ini juga telah mendapat sambutan baik dari Jabatan Keselamatan sejak dianjurkan.
Turut hadir dalam acara ini adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia, Mohd Saad Haji Din.
Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal
- Created on .
- Hits: 1237