USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LANCARKAN TIGA INISIATIF BAHARU SEMPENA PERUTUSAN TAHUNAN NAIB CANSELOR 2018

DSC 5993 800x600

PULAU PINANG, 21 Februari 2018 – Tiga inisiatif baharu dilancarkan pada tahun ini dalam usaha Universiti Sains Malaysia (USM) mendepani cabaran semasa dan kekal relevan di sebalik kepesatan era digital dan persaingan global.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, ‘Microcredential for Personal and Professional Development’, satu kaedah pembangunan profesional ke arah membentuk kepakaran dalam bidang yang khusus dan tertumpu adalah antara inisiatif yang dijalankan tepat pada masanya.

Katanya, dengan tuntutan semasa dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, corak pendidikan tinggi sudah tidak boleh bertapuk di dalam dewan kuliah semata-mata sebaliknya ia seharusnya boleh diakses di mana dan bila-bila masa sahaja.

DSC 5998 800x600

DSC 5995 800x600

“Melalui pembelajaran microcredential, kita mengaplikasikan konsep earn and learn yang mana setiap individu yang berkerjaya berpeluang meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka mengikut keperluan mereka tersendiri,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi input berkaitan hala tuju dan perancangan Universiti dalam meneruskan kecemerlangan prestasi bagi tahun 2018 melalui Perutusan Tahunan Naib Canselor 2018, di sini hari ini.

Dengan tajuk Merekayasa USM sebagai sebuah Universiti Pilihan (Making USM A Preferred University By Design), perkongsian tersebut membincangkan dengan terperinci strategi-strategi USM untuk menjadi universiti terkemuka pilihan utama oleh pemegang taruh.

Antara yang menjadi fokus utama untuk tahun 2018 adalah memperkasa usaha menyediakan pelajar HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking) dan mengintegrasikan kurikulum pembelajaran dengan pembelajaran melalui pengalaman.

“Strategi lain yang turut perlu diberikan fokus utama adalah untuk memperkasa pembelajaran sosial (experiential learning) melalui pelbagai jaringan sedia ada di antara USM dengan pelbagai rakan strategik di dalam dan luar negara,” katanya.

Ia termasuk The Asia-Pacific Community Engagement Network (APUCEN), The ASEAN Student Entrepreneurship Network (ASEnet) dan sebagainya. Dalam merealisasikan agenda global ini, USM juga turut akan memperkenalkan inisiatif ‘Satu Passport Satu Pelajar.’

Asma juga berkata, untuk menjadi universiti pilihan, USM perlu tampil unik dan menjadi magnet yang kuat untuk menarik minat semua pemegang taruh secara berterusan dan dengan gaya USM.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Pro-pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan; Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan; captains of the industry, pegawai-pegawai utama Universiti dan sebagainya.

DSC 5901 800x600

DSC 5916 800x600

Selain pembelajaran microcredential, USM turut mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) dengan memperkenalkan USMartPay, inisiatif bersama di antara Jabatan Bendahari dan Pusat Pembangunan Perniagaan USM ke arah pelaksanaan transaksi perniagaan secara pintar, selamat dan ringkas.

Usaha terkini adalah melalui kod ‘Quick Response’ (QR) dan kad Touch & Go yang dilaksanakan secara usahasama dengan Maybank dan Touch N Go, kedua-duanya ke arah pelaksanaan suasana kampus tanpa tunai.

DSC 5934 800x600

DSC 5941 800x600

USM juga turut memperkenalkan #USMFIT, suatu inisiatif yang dapat membantu dalam membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan warganya. 

DSC 5978 800x600

DSC 5974 800x600

Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menggerakkan komuniti USM ke arah menjadi sebuah kampus aktif melalui aplikasi #USMFIT yang merangkumi  #USMFIT Weight Challenge, #USMFIT Trail, #USMFIT Nutritional Tips dan #USMFIT Active Campus. 

Teks: Marziana Mohamed Alias  

  • Created on .
  • Hits: 2192

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024