USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM BERTEMU MPPUSM BINCANG HALA TUJU TAHUN 2018

EAM 0548 800x600 800x600e45t5t5t5

USM, PULAU PINANG, 14 Februari 2018 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail bertekad untuk memastikan mahasiswa mempelajari serta menguasai bioekonomi dan ekonomi digital untuk membantu mereka setelah bergraduasi kelak.

Tambah Asma lagi, beliau berharap Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) dapat menjayakan aktiviti atau program mahasiswa yang memberi impak tinggi dengan sebaiknya berdasarkan platform yang telah disediakan.

“Saya ingin melihat mahasiswa melibatkan diri dalam program-program seperti Makers @ USM, Youth Industrial Bootcamp, program keusahawanan dan kepimpinan berimpak tinggi dan sebagainya,” katanya semasa perjumpaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM bersama Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti di Sains @ USM malam tadi.

Perjumpaan yang melibatkan perbincangan dua hala ini merupakan platform terbaik bagi menyuarakan isu mahasiswa selain daripada Dewan Perundingan Pelajar (DPP) yang melibatkan wakil-wakil persatuan sahaja.

EAM 0560 800x600

Yang turut hadir ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor USM; barisan MPPUSM Sidang Akademik 2017/2018 yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Ahmad Syafiq bin Mohd Nasir (Tahun 3, PP Ilmu Pendidikan); dekan-dekan Pusat Pengajian serta pegawai-pegawai utama universiti.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang Akademik 2017/2018 telah melalui proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) yang berlangsung pada 15 Oktober 2017 yang lalu.

Keseluruhan terdapat 45 ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM terdiri daripada mereka dari Kampus Induk (29), Kampus Kejuruteraan (8) dan Kampus Kesihatan (8), termasuk wakil dari USM-KLE.

Teks: Syuhada Abd. Aziz 

  • Created on .
  • Hits: 1089

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024