USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN USU, MEDAN

ghjghjghjgh

PULAU PINANG, 30 Januari 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) memperkukuh hubungan sedia ada dengan Universitas Sumatera Utara (USU), Medan Indonesia dalam pelbagai kerjasama termasuk aspek penyelidikan, pendidikan dan latihan serta pertukaran pelajar dan staf kedua-dua buah universiti.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangan ini melibatkan usahasama dalam program kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelawanan untuk para pelajar USM dan USU.

yjtyjyj

ghjhjh

“Saya juga berharap kerjasama ini juga dapat memanfaatkan pelbagai bidang lain seperti penyelidikan serta khidmat masyarakat secara bersama,” katanya.

Sementara itu, wakil Rektor II USU, Profesor Dr. Muhammad Fidel Ganis berkata, dia menyambut baik pelaksanaan MoU ini kerana kerjasama antara USU dan USM sudah lama terjalin, dan dia yakin hubungan akrab antara kedua-dua institusi ini akan dapat ditingkatkan lagi dengan termeterainya MoU ini.

Pada sesi yang sama, turut diadakan perbincangan dan perkongsian dua hala antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM dan Pemerintahan Mahasiswa (PEMA) USU.

Menurut Naib Yang Dipertua MPP USM, Aiman Fayyadh, perkongsian tersebut adalah melibatkan program-program yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, percambahan idea dan cabaran yang dihadapi. 

hgfhgfhg

“Melalui usahasama ini diharapkan corak pendidikan peringkat ASEAN dapat ditingkatkan selaras dengan arus globalisasi yang bergerak ke arah Revolusi Industri ke-4,” tambahnya yang turut serta dalam program ini bersama lebih 30 orang mahasiswa yang terdiri daripada barisan mantan MPP Sidang Akademik 2016/2017 dan MPP Sidang Akademik 2017/2018.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein; Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Ing. Pramio Garson Sembiring; Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan, Dr. Norazharuddin Shah Abdullah; dan Pengarah Pusat Pembangunan Sahsiah Pelajar, Dr. Nazaruddin Zainun.

Teks asal: Aiman Fayyadh (NYDP MPP USM 2017/2018)/Suntingan: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 993

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024