USM-KLE TERUS BERKEMBANG
PULAU PINANG, 18 Januari 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) Private Campus, USM-KLE IMP di Belgaum, India terus berkembang serta bakal menawarkan beberapa lagi program akademik termasuk farmasi dan juga pergigian.
“Kita perlu menjaga hubungan jangka panjang dengna KLE Society serta terus menjalinkan hubungan yang penting serta menjadi lebih kreatif dalam menawarkan kursus-kursus pengajian di USM-KLE,” kata Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail sebelum menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara USM dan KLE Society, India bagi program perubatan untuk tempoh lima tahun lagi.
KLE Society diwakili oleh Pengerusinya, Dr. Prabhakar Kore yang juga penerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan USM pada Upacara Konvokesyen USM ke-52 lalu.
Beliau menyambut baik usaha USM dalam mempelbagaikan kursus yang bakal ditawarkan di USM-KLE di India dan akan terus menyokong dan memberikan komitmen terhadap USM.
Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Penasihat Undang-undang USM, Dr. Khairul Anuar Che Azmi dan Pengarah USM-KLE IMP, Dr. H.B Rajashekar.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1319