#USMFIT: JABATAN PENDAFTAR SAHUT SERUAN NC
PULAU PINANG, 19 Januari 2018 – Kemeriahan #USMFIT diteruskan lagi dengan penganjuran warga staf Jabatan Pendaftar menjayakan aktiviti senamrobik dan berjalan sekitar kampus hari ini di Foyer Bangunan Canselori 1, USM.
Inisiatif ini sebagai menyahut seruan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang mengharapkan program berfaedah seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa.
Kemeriahan hampir 100 warga staf Jabatan Pendaftar dan Jabatan Keselamatan turut dikongsi bersama Naib Canselor yang hadir meluangkan masa bersama pegawai dan staf.
#USMFIT adalah inisiatif warga kampus bagi meluangkan masa selepas seharian bertugas untuk bersenam demi melahirkan warga USM yang cergas, sihat, dinamik, gemilang dan terbilang.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
- Created on .
- Hits: 1203