USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC SERU PENSYARAH GUNAKAN MEDIUM PENGAJARAN INTERAKTIF MASA KINI

USM, PULAU PINANG, 5 Januari 2018 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyeru para akademia supaya mempelajari dan mengamalkan teknik pengajaran yang lebih efektif seiring dengan arus kemodenan zaman ini.

Asma dalam ucapannya sempena lawatan ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) hari ini berkata, seiring dengan kemajuan teknologi terkini, pelbagai kemudahan dan cara pengajaran yang dilakukan secara atas talian yang boleh diakses di mana jua dan pada bila-bila masa oleh para pelajar khususnya kepada pelajar pendidikan jarak jauh.

“Terkini, Kementerian Pendidikan Tinggi turut menggalakkan penggunaan Massive Open Online Course (MOOC) oleh pensyarah dan pelajar dalam berinteraksi dari segi pembelajaran dan pengajaran,” tambahnya.

“Selaras dengan kemajuan teknologi yang begitu pesat, warga pendidik perlu mereka bentuk semula kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi supaya pembelajaran lebih aktif, lebih interaktif, lebih immersif, lebih inovatif dan bersifat cabaran, dan ini memerlukan perubahan minda/paradigma pemikiran dalam kalangan warga pendidik,” kata Asma lagi.    

Sementara itu, Dekan PPPJJ, Profesor Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi turut membentangkan hala tuju dan pencapaian pusat pengajian serta perancangan masa hadapan dari segi penawaran kursus-kursus baharu yang lebih relevan untuk masa akan datang.

Asma kini dalam rangka lawatan ke setiap Pusat Pengajian di USM dalam mengukuhkan hala tuju serta misi dan visi USM.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 816

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024