LAWATAN NC KE KAMPUS KEJURUTERAAN
NIBONG TEBAL, 5 Januari 2018 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail menghadiri majlis bual bicara dan perbincangan bersama warga dua pusat pengajian Kampus Kejuruteraan USM di sini dalam usaha mengukuhkan pencapaian seiring dengan halatuju Universiti.
Dua pusat pengajian (PP) berkenaan adalah PP Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral serta PP Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dengan turut disertai oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, kakitangan akademik dan pentadbiran kedua-dua pusat pengajian.
Dekan bagi kedua-dua buah pusat pengajian iaitu Profesor Dr. Zuhailawati Hussain dan Profesor Ir. Dr. Mohd Rizal Arshad membentangkan hala tuju setiap pusat pengajian dalam memperbaiki ranking dan juga dari segi penawaran kursus-kursus yang lebih relevan dalam era 4th Industrial Revolution pada masa kini.
Program berkenaan juga diadakan bertujuan mencari nic area yang dapat diperkukuhkan bagi melonjak pencapaian bidang kejuruteraan di USM, selain pertemuan secara eksklusif bersama NC bagi membincangkan pelbagai perkara yang berkait dengan pengurusan dan pembangunan PP di Kampus Kejuruteraan.
Kedua-dua pusat pengajian berkenaan ditubuhkan pada tahun 1986.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1289