WACANA KEPIMPINAN TeRamPiL: KEPIMPINAN MENERUSI KOMUNIKASI YANG BERKESAN
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) YBhg. Pofesor Dato’ Dr. Adnan Hussein akan berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam Wacana Kepimpinan TeRamPiL bertajuk Kepimpinan Menerusi Komunikasi Berkesan pada hari Selasa, 23 Januari 2018, jam 9.00 pagi – 11.00 pagi di Bilik Seminar, Pusat Transformasi Insan (PTi), Bangunan Canselori II, Universiti Sains Malaysia (USM).
Permohonan untuk menghadiri program boleh dibuat secara “online” dengan melayari laman web: https://campusonline.usm.my/. Untuk sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian Pusat Transformasi Insan (PTi) USM 04 653 6448, 6441, 6450 atau emel
Sesi ini adalah untuk peserta memahami tentang kepentingan komunikasi yang berkesan dalam kepimpinan. Komunikasi menjadi antara mekanisme penting dalam memastikan misi dan visi universiti melalui PTJ dapat diterjemahkan dengan sewajarnya.
Malah komunikasi yang berkesan juga akan memastikan bahawa setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya secara profesional dan penuh tanggungjawab.
Kegagalan dalam proses komunikasi akan menyebabkan mesej gagal dihayati oleh penerima pada semua peringkat dalam organisasi.
Pemimpin pada semua peringkat perlu untuk menguasai kemahiran ini.
Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein mendapat ijazah pertama dari UKM, Sarjana Kewartawanan dan Komunikasi Massa dari Iowa State University serta Ph.D dari University of Utah, Amerika Syarikat.
Beliau memulakan kerjaya di PP Komunikasi USM pada 1994, menjadi Dekan dan kemudiannya dilantik sebagai TNC HEPA pada 2011.
#Learn
- Created on .
- Hits: 1306