NAIB CANSELOR USM LAWAT TAPAK PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN AZMAN HASHIM
PULAU PINANG, 23 April 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman hari ini melakukan lawatan tapak dan tinjauan khas di Kompleks Sukan Azman Hashim yang sedang giat dibina di dalam kampus USM.
Omar berharap dengan terbinanya Kompleks Sukan Azman Hashim ini, bakal menjadi tarikan khususnya golongan muda dalam memanfaatkan masa senggang masing-masing.
Kompleks sukan yang dijangka siap pada bulan Julai 2015 nanti, akan menyediakan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang, bola tampar dan sebagainya.
Fasiliti lain yang turut disediakan adalah Pusat Sehenti Ambank@USM, gimnasium, pusat latihan sukan, dan arena perasmian yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa.
Omar juga menyimpan hasrat dapat menjadikan kompleks sukan ini sebagai salah satu hub sukan di Pulau Pinang di samping dapat menjana kewangan tambahan kepada universiti.
Turut hadir ialah Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Tuan Haji Muhammad Mohd Hanif, Pengarah Jabatan Pembangunan USM, Ir. Aziz Che Jusoh, wakil-wakil dari Ambank dan beberapa perunding dan jurutera USM. - Teks: Mohamad Abdullah/Mohamad Danial Shahri /Foto : Mohammad Shafiq Abdul Aziz
- Created on .
- Hits: 1511