USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAHASISWA ASET PENTING PEMBANGUNAN NEGARA

EAM 4285 800x600

PULAU PINANG, 25 November 2017 – Mahasiswa universiti adalah pemangkin dan aset yang penting kepada pembangunan negara bagi meneruskan legasi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Itu harapan Pemangku Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), merangkap Leftenan Kolonel Kehormat Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara Diraja Malaysia, Prof. Dato' Dr. Adnan Hussein untuk melihat mahasiswa USM terus ke hadapan dan menjadi pelapis kepimpinan buat negara.

EAM 4376 800x600

"Dalam melahirkan seorang pemimpin yang berkualiti, ilmu pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam menjadikan mahasiswa itu berketerampilan dan disegani. Di samping itu, mahasiswa juga perlu seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial," katanya ketika hadir merasmikan Hari Perbarisan Pembukaan Latihan Badan Beruniform Sidang Akademik 2017/2018 di Padang Kawad, USM.

Tegasnya, atas sebab itulah selain kecemerlangan akademik, penyertaan aktiviti kokurikulum badan-badan unit beruniform amat membantu mahasiswa memenuhi aspek tersebut.

EAM 4336 800x600

"Universiti menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum kepada mahasiswa supaya mereka merasai peluang berinteraksi di samping meningkatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis dan bijak menyelesaikan masalah."

Adnan turut diberi penghormatan melakukan pemeriksaan perbarisan di hadapan 300 orang kontinjen badan-badan beruniform.

Tambahnya lagi, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum juga boleh dijadikan wadah untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum.

Majlis turut diserikan dengan persembahan patriotik mahasiswa-mahasiswa dari gabungan badan beruniform SISPA dan SUKSIS.

EAM 4469 copy 800x600

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM, Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman;  Pengarah Pusat Pembangunan Sahsiah Pelajar, HEPA USM, Dr. Nazarudin Zainun; Timbalan Komandan Palapes Darat USM, Leftenan Kolonel Shahrizal Nazri dan Penyelaras Pusat Rancangan Kokurikulum, Kampus Kejuruteraan USM, Dr. Mohd Salman Abu Mansor.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1737

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024