PERSATUAN USAHAWAN FOOD TRUCK UTARA SAMBUT BAIK PROGRAM WAKAF BPCG
USM, PULAU PINANG, 23 November 2017 - Wakaf BPCG yang berlangsung di Perkarangan Padang Kawad USM dari 5 petang hingga 10 malam baru-baru ini menampilkan pelbagai jenis jualan makanan berkonsepkan pasar malam yang dibawakan khas oleh peniaga luar hampir 50 buah Food Truck.
Menurut Presiden bagi Northern Food Truck Entrepreneur Association atau lebih dikenali sebagai NFTC, Nazri Ahmad, ini merupakan kali pertama pengusaha Food Truck dari utara ini beramai-ramai menyertai program Wakaf BPCG ini.
“Saya berharap ini dapat menjadi acara mingguan jika kami berkelapangan dan jika dijemput, dan bagi kami harga sewaan amatlah berpatutan dan berbaloi bagi semua pengusaha untuk menyertai program sebegini,” jelasnya.
Tambahnya, beliau tidak menjangkakan jumlah pengunjung yang begitu ramai pada sesi pertama program ini dan pengunjung lebih ramai daripada sebelum-sebelum ini.
Wakaf BPCG akan berlangsung pada tarikh 21.11.2017 (BPCG 1), 28.11.2017 (BPCG 2), 05.12.2017 (BPCG 3), 12.12.2017 (BPCG 4).
Di program sesi pertama, lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana.
“Sambil belajar secara berkumpulan, sambil nak balik ke desa anda, bolehlah singgah ramai-ramai ajak kawan-kawan sekali untuk membeli makanan di Padang Kawad,” kata wakil Majlis Perwakilan Desasiswa BPCG.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: MPDBPCG
- Created on .
- Hits: 1765