USM TURUT SAMA JAYAKAN PROGRAM PENANAMAN POKOK AMENITI SERENTAK DI SELURUH PULAU PINANG

EAM 3445 800x600

USM, PULAU PINANG, 11 November 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjayakan agenda kelestarian apabila turut menyertai Program Penanaman Pokok Ameniti dalam tempoh 24 jam peringkat negeri Pulau Pinang.

Program di bawah kelolaan Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penanaman pokok dalam usaha mengurangkan 'carbon foot print'.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, USM sentiasa menyokong usaha ini lebih-lebih lagi memandangkan kampus USM dilanda hujan lebat dan angin kencang yang telah menyebabkan banyak pokok yang tumbang dan patah.

EAM 3484 800x600

"Program ini merupakan peluang yang baik kerana kita boleh menggantikan pokok yang tumbang dengan pokok yang baru ditanam ini," tambahnya lagi semasa ucapan perasmian program tersebut di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, program yang melibatkan seramai 150 orang pelajar ini akan menanam sebanyak 200 anak pokok yang telah disediakan oleh pihak urusetia sementara sebanyak 14,000 anak pokok akan ditanam di seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang.

EAM 3476 800x600

"Hasil usaha kita pada hari ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Record kerana menanam pokok dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh 24 jam," katanya lagi.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015