USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM KERAH BRIGED SUKARELAWAN TERAJUI MISI BANTUAN TRAGEDI BANJIR PULAU PINANG

A73FF69F F30F 451F 9670 F38ECC42BCA5

USM, PULAU PINANG, 8 November 2017 - Kor Sukarelawan Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengerahkan brigednya untuk turut serta membantu membersihkan kawasan-kawasan terjejas di sekitar Pulau Pinang akibat tragedi banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Menurut Penyelaras Kor Sukarelawan Siswa USM, Zulkifli Che Hussin, USM bakal merancang untuk bertindak sebagai pusat koordinasi untuk penempatan dan pemusatan arahan bagi sukarelawan siswa dari Universiti Awam (UA) lain yang ingin turut serta.

“USM juga akan menyediakan kemudahan penginapan, membantu menentukan kawasan untuk dimasuki Oleh UA dan menjadi perantara Sukarelawan UA dan pihak JKKK atau Ketua operasi di Pulau Pinang.

“Kita di USM sentiasa bersedia untuk membantu serta bersiap-siaga dalam apa jua bentuk bencana yang melanda untuk menghantar sukarelawan untuk membantu dan bersedia menghantar bantuan yang diperlukan bagi mengurangkan beban rakyat,” kata Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) itu.

Tambahnya, hingga kini lokasi yang telah dibantu dan bakal dibantu adalah di Seberang Perai iaitu mengagihkan bantal dan tilam, Ayer Hitam di bahagian Pulau iaitu pencucian kawasan terjejas dan dijangkakan sukarelawanan dari golongan staf USM juga akan turut serta kelak di lokasi-lokasi lain yang terjejas.

Seramai lebih 100 orang sukarelawan dari golongan siswa USM telah terlibat dalam misi ini dan dijangka jumlah sukarelawan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Zulkifli Che Hussin

  • Created on .
  • Hits: 2168

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024