DUA SAINTIS USM UNGGULI L’OREAL UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE FELLOWSHIP
KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2017 – Dua saintis wanita Universiti Sains Malaysia (USM) diiktiraf dan mengungguli anugerah L’oréal UNESCO For Women in Science Fellowship yang diumumkan di sini hari ini.
Kedua-dua penerima yang meneruskan kecemerlangan saintis wanita USM ialah Dr. Jasy Liew Suet Yan dari Pusat Pengajian Sains Komputer dan Profesor Madya Dr. Teh Su Yean dari Pusat Pengajian Sains Matematik.
Jasy diiktiraf atas usahanya membangunkan sistem yang mampu mengesan tanda-tanda depresi dengan menganalisis corak emosi di media sosial.
Manakala Su Yuen menerima anugerah berprestij berkenaan melalui kajiannya yang menggabungkan sains, teknologi kejuruteraan, dan matematik (STEM) untuk melindungi sumber perairan pantai di Malaysia.
Anugerah berprestij berkenaan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajjah Nancy Shukri.
Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut hadir dan menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kedua-dua saintis USM tersebut.
USM meraih dua daripada tiga anugerah yang turut menyaksikan sejumlah 208 saingan dari penyelidik wanita seluruh negara.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1524