USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SAMBUT BAIK PELANCARAN MYREN-X

5A80ED8B 3872 46B4 ADFC B1C20F31CF0E

PULAU PINANG, 10 Oktober 2017 – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Pengarah Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik dan Pembangunan Pelajar  (CDAE), Profesor Dr. Abd Karim Alias menyambut baik pelancaran Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia atau Malaysian Research and Education Network atau MYREN-X oleh Perdana Menteri Malaysia minggu lalu. 

Menurut Abd Karim, pelancaran MYREN-X ini adalah salah satu langkah yang akan dapat membantu melonjakkan kejayaan pembelajaran dalam talian di negara kita.

“Seperti yang kita sedia maklum, pembelajaran dalam talian memerlukan jaringan atau talian internet berkelajuan tinggi. 

“Dengan adanya MYREN-X ini para pensyarah dan pelajar tidak akan lagi memberikan pelbagai alasan dalam menggunakan pembelajaran dalam talian serta pembelajaran teradun (blended learning) antara pembelajaran secara bersemuka dan atas talian,” kata Abd Karim yang juga baru-baru ini diiktiraf sebagai Highly Cited Researcher oleh Clarivate Analytics.   

Untuk rekod, MYREN-X adalah satu prasarana rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi  yang telah dinaiktaraf dari MYREN yang telah dilancarkan pada tahun 2005.

MYREN-X ini bakal melonjakkan kapasiti capaian keseluruhan daripada 260 gigabits sesaat kepada 3200 gigabits sesaat atau 3.2 terabits sesaat.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1500

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024