MUZAMMIL TERIMA ANUGERAH KHAS OKU (AKADEMIK) SEMPENA BULAN KEBAJIKAN NEGARA 2017
BANGI, 1 Oktober 2017 - Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Jarah Jauh, Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Noor hari ini dianugerahkan Anugerah Khas OKU Kategori Akademik sempena Bulan Kebajikan Negara 2017.
Muzammil menerima wang tunai RM5,000.00, trofi dan sijil atas pengiktirafan ini. Baru-baru ini Muzammil menggemparkan negara kerana menjadi WAU Factor sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila merupakan satu-satunya sukarelawan OKU berkerusi roda di temasya dwitahunan berprestij itu.
Menurut Muzammil, kejayaan ini merupakan antara titik tolak buatnya agar terus menyumbang kepada USM dan juga umum dan baginya, seorang OKU tidak boleh dianggap tidak mampu untuk menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar di peringkat negara ataupun antarabangsa asalkan dapat menanam semangat dan niat untuk menggapai kejayaan itu.
Penyerahan anugerah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Majlis berlangsung di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.
Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam emelnya kepada Muzammil turut menyampaikan ucapan tahniah dan berbangga atas pencapaian yang dilakar Muzammil ini buat USM.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1629