USM BAKAL KEMBANGKAN BIDANG AUTOMASI ELEKTRONIK BERSAMA SANDISK
PULAU PINANG, 21 September 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui beberapa buah pusat pengajian (PP) bakal mengembangkan dan menerokai bidang-bidang baharu terutama dalam bidang automasi elektronik bersama Sandisk Storage Malaysia Sdn. Bhd.
Menurut Naib Presiden Kanan, Global Manufacturing Silicon Operations, Sandisk Semiconductor (Shanghai) Co. Ltd., Gursharan Singh, melalui kolaborasi ini Sandisk bakal menaja pembelajaran dan penyelidikan bagi 5 calon Ph.D dan 2 orang calon Sarjana dalam pelbagai bidang yang berjumlah RM1 juta.
Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang hadir dalam perbincangan akhir sebelum penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) ini menyambut baik proposal yang dicadangkan serta berhasrat melawat tapak dalam masa terdekat.
Untuk rekod, sehingga kini seramai lebih 40 orang pelajar telah menjalankan latihan industri di Sandisk dan lebih 50 orang graduan USM diterima bekerja di Sandisk dalam pelbagai jawatan dan bidang kepakaran.
Turut hadir dalam perbincangan adalah Dekan PP Sains Fizik, PP Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, PP Kejuruteraan Mekanik serta Pengarah Pusat IPv6 Termaju Negara dan Pengarah Jaringan Industri, BJIM.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1255