USM NAIB JOHAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2017
PULAU PINANG, 16 September 2017 - Kontingen Universiti Sains Malaysia (USM) menceriakan warga USM apabila mendapat naib johan dalam perarakan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 kategori institusi pendidikan tinggi yang berlangsung pada 31 Ogos yang lalu di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Rata-rata ahli kontingen USM yang terdiri daripada 70 orang seperti tidak percaya akan kemenangan naib johan ini kerana kebanyakan kontingen yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka.
Saban tahun USM akan menghantar kontingen perarakan dan tahun ini sangat bermakna kerana kali pertama USM memperolehi tempat kedua terbaik secara keseluruhan iaitu pencapaian terbaik dari tahun lalu iaitu tempat ketiga.
Selaku pemenang tempat kedua, kontingen USM membawa pulang sijil, wang tunai RM750 dan piala. Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan majlis sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1758