YDP MPP WAKIL TUNGGAL USM KE JENESYS 2017 DI JEPUN
USM, PULAU PINANG, 13 September 2017 - Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) Mohd Hazim bin Abdul Manaf bertuah kerana berjaya menjadi salah seorang peserta dan wakil tunggal USM ke Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS) 2017 di Jepun.
Program JENESYS 2017 ini akan diadakan mulai 19 September hingga 26 September 2017 bertempat di Tokyo, Jepun dan dianjurkan oleh Kerajaan Jepun melalui Japan International Cooperation Center (JICE).
Menurut Hazim, program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya dan pengalaman serta perkongsian amalan terbaik mengikut tema yang telah ditetapkan.
Hazim dianggap bertuah kerana namanya dicadangkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk program ini dan telah ditemuduga secara atas talian oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa KPT itu sendiri.
"Temuduga itu sebenarnya agak mengejut sebab saya tidak dimaklumkan langsung tentang sebarang temuduga dan waktu itu saya sedang bekerja, jadi tiada sebarang persediaan yang sempat saya buat," jelasnya.
Tambahnya, jika hendak dibandingkan dengan calon lain, beliau hanya ditemuduga secara melalui panggilan telefon dan baginya beliau merasakan peluang sebenarnya agak tipis kerana calon lain dipanggil ke KPT untuk temuduga secara 'face to face'.
Hazim bersyukur dengan rezeki yang diberikan ini serta diterima sebagai salah seorang daripada 11 orang wakil dari Malaysia ke program ini.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1360