MUHAMMAD KHALIS IRFAN PIMPIN BACAAN IKRAR PELAJAR BAHARU
PULAU PINANG, 6 September 2017 – Pelajar baharu dari Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) Universiti Sains Malaysia (USM) Muhammad Khalis Irfan Khobil dipilih memimpin bacaan ikrar pelajar baharu di sini semalam.
Muhammad Khalis Irfan terpilih dalam kalangan lebih 2,800 orang pelajar baharu yang mendaftar sebagai pelajar rasmi USM di Kampus Induk USM, Pulau Pinang.
Bacaan Ikrar dan penandatanganan akujanji adalah tradisi USM sebagai seorang pelajar baharu agar patuh kepada tatacara dan undang-undang yang ditetapkan oleh USM.
Muhammad Khalis Irfan juga mewakili seluruh pelajar menyerahkan borang akujanji yang telah ditandatangani tersebut kepada Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail sebagai simbolik majlis.
Pada majlis yang sama, turut diadakan sambutan kemerdekaan yang disambut dengan sederhana tetapi meriah dengan persembahan sulung nyanyian lagu-lagu patriotik oleh para pelajar baharu di hadapan pengurusan tertinggi USM.
Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 2843