USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENAWAN HATI JURI ANTARA 31,000 PENYERTAAN

dfdg 800x600

PULAU PINANG, 28 Ogos 2017 - Kreativiti Mohamed Nazri Mohamed Tahir bergambar di Street Art di Bangunan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menaiki basikal sambil memegang Jalur Gemilang telah menawan hati juri dan memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Instagram Merdeka 2017.

Pertandingan ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Penyertaan telah dibuka bermula 16 April sehingga 16 Ogos yang lalu dalam tiga kategori utama iaitu #im60umum #im60siswa #im60sekolah.

fregfregerg 640x480

Mohamed Nazri yang juga Pegawai Sains Kanan di Pusat Racun Negara USM membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, wafer emas serta Setemku dan hadiah telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak semalam.

"Idea bergambar di Street Art tersebut timbul apabila membayangkan basikal itu sebagai pengangkutan utama pada masa dahulu. Kemudian, saya cuba bayangkan diri saya pada tarikh 31 Ogos 1957 sebagai rakyat biasa pada ketika itu sedang teruja untuk sama-sama meraikan kemerdekaan yang pertama,” kata Mohamed Nazri.

fggfgfd 640x480

Pertandingan sempena Hari Kebangsaan ini melibatkan lebih 31,000 penyertaan foto dan video serta menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM25,000. Peserta perlu memuatnaik gambar bersama Jalur Gemilang di Instagram serta menggunakan #im60umum atau #im60siswa atau #im60sekolah dan penjurian dilakukan oleh juri profesional.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1175

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024