NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT NAIB PRESIDEN NUS
PULAU PINANG, 18 Ogos 2017 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menerima kunjungan hormat Naib Presiden (Perhubungan Universiti dan Global) National University of Singapore (NUS), Profesor Dr. Andrew Wee baru-baru ini serta membincangkan potensi kolaborasi untuk kedua-dua buah universiti.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kolaborasi USM-NUS dapat diperkukuhkan lagi dengan adanya penandatanganan Memorandum Perjanjian sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan mahupun pertukaran staf atau pelajar.
Menurut Naib Canselor, jalinan kerjasama USM-NUS akan dibincangkan dengan lebih lanjut dan dipertimbangkan pada masa hadapan.
Andrew Wee hadir ke USM bagi menyampaikan ceramah bertajuk “The Molecule-2D Transition Metal Dichalcogenides Interface” yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Teknologi Nano Optoelektronik (INOR) bersama dengan Pusat Pengajian Sains Fizik USM.
Turut hadir ialah Pengarah Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) USM, Dr. Muhizam Mustafa dan Pensyarah INOR, Dr. Ng Sha Shiong.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1312