USM BOLOT DUA HADIAH UTAMA NRIC 2017
GEORGETOWN, PULAU PINANG, 18 Ogos 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) bolot dua hadiah utama Novel Research and Innovation Competition (NRIC) 2017 iaitu bagi kategori Anugerah Terbaik NRIC dan juga Anugerah Kreativiti.
Anugerah Terbaik NRIC disandang oleh tiga pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM iaitu Ng Mun Kit, Yap Yen Yang dan Wong Hong Loon melalui projek ‘Artificial Eyes (Intelligence Blind Assistant)’ manakala Anugerah Kreativiti dinobatkan kepada Phang Siew Ming, pelajar tahun akhir dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM melalui projek ‘Journey Towards Nirvana’.
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.
Menurut Ahmad Farhan, penganjuran NRIC pada setiap tahun adalah yang terbaik serta meningkat dari tahun ke tahun.
“Penganjuran bagi tahun kesebelas ini berjaya membawa nama NRIC ke tahap yang lebih tinggi dengan 82 projek dan juga 11 projek untuk Community Research and Innovation Competition (CoRIC) serta 3 projek untuk kategori baharu iaitu e-CoRIC,” kata Ahmad Farhan di majlis penutup NRIC dan penyampaian anugerah kepada para pemenang di Berjaya Penang Hotel di sini semalam.
Tambah beliau, melalui penglibatan pelajar sama ada sebagai peserta atau ahli jawatankuasa pengajur NRIC ini, mereka semua telah mempamerkan teras HEBAT dengan ciri-ciri Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate dan Thinker, iaitu mahasiswa yang seimbang dan cemerlang dalam bidang akademik mahupun bukan akademik, seperti yang dihasratkan oleh pihak kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
“NRIC tahun ini yang bertemakan ‘Revolution Through The Decade’s Novelty’ menyaksikan penyertaan lebih 300 pelajar dengan 82 projek iaitu 61 dari penyertaan dalam negara serta 21 dari luar negara termasuk Indonesia dan Thailand,” kata Pengarah Projek NRIC 2017, Leong Zhi Qin.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta NRIC 2017 dan semua pihak yang membantu dalam menjayakan program kali ini,” tambah Zhi Qin.
Sementara itu, Ketua Hakim NRIC 2017 dari PP Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM, Profesor Dr. Ahmad Fauzi Mohd Noor berkata, sebilangan besar projek yang dipertandingkan itu berada pada tahap yang tinggi, malah ada yang dalam proses pengkomersialan, pemfailan paten, dan terdapat juga yang pernah memenangi anugerah pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Keseluruhan pingat yang diperolehi bagi tahun ini adalah 17 pingat emas, 21 perak dan 31 gangsa bagi enam kategori iaitu Sains Hayat, Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Fundamental, Kejuruteraan dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Transformasi Sosial dan Seni Kreatif.
Empat hadiah utama lain dimenangi oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Malaysia, dan King Mongkut’s University of Technology serta Princess of Naradhiwas University dari Thailand.
Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Dr. Nazarudin Zainun; Timbalan Pendaftar Kanan HEPA, Mohd Saad Din serta Penasihat 1 NRIC dan juga Ketua Penolong Pendaftar HEPA, Mohd Mukhwim Maghribi dan pegawai-pegawai HEPA.
Keputusan Penuh Senarai Pemenang USM.
SPECIAL AWARDS
UNIVERSITY | CATEGORY | PROJECT’S TITLE | SPECIAL AWARD |
USM | ENGINEERING AND TECHNOLOGY | ARTIFICIAL EYES (INTELLIGENT BLIND ASSISTANCE) | The Best NRIC Award |
KMUTT | INFORMATION TECHNOLOGY AND COMMUNICATION |
POINT OF SALE APPLICATION ON ANDROID OPERATING SYSTEM |
Innovation Award |
USM | ENGINEERING AND TECHNOLOGY | JOURNEY TOWARDS NIRVANA | Creativity Award |
UMP | ENGINEERING AND TECHNOLOGY | HYBRID ENERGY GENERATION FOR HIGHWAY LIGHTING SYSTEM | Sustainable/Green Technology Award |
PNU | LIFE SCIENCES | INSTANT HERBALS SOAKED RICE | Social Impact Policy Award |
USIM | ENGINEERING AND TECHNOLOGY |
DOUBLE LAYERED ROOF COOLING SYSTEM CONTROLLED BY ARDUINO AINUL HUSNA MOHD YUSUFF |
Best Presenter |
GOLD AWARD - 3
NO | UNIVERSITY | PROJECT’S TITLE | CATEGORY |
1 | USM | ARTIFICIAL EYES (INTELLIGENT BLIND ASSISTANCE) | ENGINEERING AND TECHNOLOGY |
2 | USM | JOURNEY TOWARDS NIRVANA | SOCIAL TRANSFORMATION AND CREATIVE ARTS |
3 | USM | INSIGHT : INTEGRATED WEB PLATFORM AGGREGATING AND VISUALIZING SOCIAL MEDIA DATA | INFORMATION TECHNOLOGY AND COMMUNICATION |
SILVER AWARD - 2
NO | UNIVERSITY | PROJECT’S TITLE | CATEGORY |
1 | USM | NR-AG BALL: DEGRADATION OF DYES USING NATURAL RUBBER IN WATER TREATMENT TANK | ENGINEERING AND TECHNOLOGY |
2 | USM | DEVELOPMENT OF CONTROL ALGORITHM FOR SPOT COOLING SYSTEM |
BRONZE AWARD - 5
NO | UNIVERSITY | PROJECT’S TITLE | CATEGORY |
1 | USM | ANTIBACTERIAL AND PHYSICAL PROPERTIES EVALUATION ON GLASS IONOMER CEMENT INCORPORATED WITH COUMARIN DERIVATIVES | HEALTH & MEDICAL SCIENCE |
2 | USM |
ENTORMORIUM-LIVE INSECT ZOO |
SOCIAL TRANSFORMATION & CREATIVE ARTS |
3 | USM | KAOLIN-DOPED ZINC OXIDE DISCS FOR UV DETECTION | FUNDEMENTAL SCIENCES |
4 | USM | CONTENT AND ONLINE BASED EVIDENCE ANALYSIS (CONBEA) | INFORMATION TECHNOLOGY |
5 | USM | CYTOTOXIC EFFECT OF COSMOS CAUDATUS ON ORAL SQUAMOUS CELL CARCINOMA LINE, HSC-2 | FUNDEMENTAL SCIENCES |
Teks: Nor Rafizah Md. Zain & Tan Ewe Hoe
- Created on .
- Hits: 1699