USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

46 PROFESOR DIPILIH SECARA E-UNDI SEBAGAI AHLI SENAT USM 2017-2020

USM, PULAU PINANG – Pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tahun 2017-2020 telah diadakan pada 3 Ogos 2017 secara talian elektronik e-Undi Senat mulai jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang.

USM memperkenalkan kaedah pemilihan professor sebagai ahli Senat pada tahun 2011 sebagai satu inisiatif baharu di bawah Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) yang diisytiharkan kerajaan pada 2008 sebagai satu usaha menghasilkan tadbir urus yang baik.

USM adalah institusi pertama di Malaysia yang mengadakan pemilihan profesor sebagai Ahli Senat menerusi kaedah pengundian bagi pelantikan 2011-2014. Ini adalah kali kedua pemilihan profesor dijalankan secara e-Undi.

Untuk tempoh 2017-2020 ini, sebanyak 46 kerusi yang terdiri daripada 28 kerusi pusat pengajian (23)/institut (2)/pusat dan pusat kecemerlangan (3) dan 18 kerusi kampus (Kampus Induk - 10, Kampus Kejuruteraan - 4, Kampus Kesihatan - 4) dipertandingkan melalui 160 orang calon dalam kalangan profesor sepenuh masa yang layak seperti ditetapkan oleh tatacara.

Manakala jumlah pemilih adalah seramai 598 orang yang terdiri daripada Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa yang dilantik secara tetap dan kontrak.

Pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan dengan Pendaftar USM sebagai Pengerusinya, mengikut tatacara yang selaras dengan Seksyen 24(1) (Perlembagaan USM),

Tempoh pelantikan bagi 46 Profesor tersebut adalah dari 15 Ogos 2017 hingga 14 Ogos 2020.

Teks asal: Urusetia Senat/Suntingan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1238

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024