USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH USM SAMBUT BAIK STCN

IMG 0027g

PULAU PINANG, 14 April 2015 – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut baik usaha dan kerjasama yang dijalankan melalui Steinbeis Transfer Centre Network (STCN) sebagai satu platform untuk memudahkan kerjasama antara universiti dan industri, dan mewujudkan laluan untuk menggalakkan perkongsian kepakaran dan pengetahuan.

Seramai 53 orang pensyarah USM telah dipilih bernaung di bawah STCN dalam kalangan profesor dan pakar dalam pelbagai bidang seperti Kesihatan dan Perubatan, Pembangunan Makanan, Analisis dan Keselamatan, Rawatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan, Elektrik dan Elektronik, Bioteknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kimia dan Kejuruteraan Kimia serta Perniagaan dan Pengurusan.

IMG 0030fj

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan (PPP) USM, Dr. Shankar Chelliah menzahirkan rasa sukacitanya apabila dipilih sebagai salah seorang pensyarah untuk bernaung di bawah STCN kerana Steinbeis Malaysia Foundation merupakan pertubuhan yang kukuh.

"Ini merupakan platform terbaik untuk menggalakkan lagi pemindahan ilmu secara terus, manakala kerjasama ini akan memberi lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan lebih rapat bersama pihak industri terutamanya dalam perkongsian bidang pengetahuan dan dan kepakaran untuk terus melonjakkan nama universiti pada masa hadapan,” ujar Shankar yang juga Pengerusi Seksyen Perniagaan Antarabangsa, PPP.

Shankar turut menegaskan bahawa dengan STCN secara tidak langsung, ianya mampu menggalakkan proses kerjasama dapat dijalankan dengan lebih cepat, efisien dan menjimatkan masa.

IMG 0044hj

IMG 0046hm

IMG 0051ghj

"Ianya bukan hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak, malahan kepada kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara universiti dan industri, ujar Shankar lagi.

Hal ini turut diakui oleh Pensyarah Kanan, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) USM, Dr. Aziah Ismail yang turut menyifatkan pelancaran program tersebut secara tidak langsung sangat membantu terutamanya dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

IMG 0115

IMG 0120

"STCN secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada para penyelidik dan akademik dalam berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam industri.

"Mereka lebih tahu apa yang diperlukan oleh pasaran semasa, jadi secara tidak langsung ianya sangat membantu dalam mengetengahkan idea dan kepakaran masing-masing,” ujar Aziah.

Aziah juga berpendapat bahawa STCN bakal memberi manfaat kepada masyarakat tidak kira latar belakang serta dapat menarik lebih ramai industri untuk terlibat secara langsung dengan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak universiti.

"Sebagai ahli akademik, saya berharap agar lebih banyak produk-produk yang berinovasi tinggi dapat dihasilkan tanpa mengambilkira keuntungan dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat umumnya, ujar Aziah lagi.

Bagi penyelidik dan juga Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPJJJ), Profesor Madya Dr Issham Ismail beliau berpendapat STCN adalah platform untuk dunia mengenali pensyarah secara individu dan juga pusat pengajian dan USM sebagai sebuah entiti yang hebat di mata dunia.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dipilih menyertai STCN ini dan Steinbeis yang berpangkalan di Jerman melihat kejayaan kita sebagai ahli akademik dan juga penyelidik dan ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan lagi PPPJJ dan USM di pentas dunia,” ujar Issham.

IMG 0133

“Sebagai pioneer dalam STCN ini saya menyeru lebih ramai pensyarah muda menyertai STCN memandangkan hari ini kurang tiga peratus pensyarah daripada 2000 orang pensyarah di USM dipilihkan dijadikan perunding kepada sesiapa yang berkehendak kepakaran yang sama,” tambah Issham.

“Harapan saya Steinbeis tidak akan ada setakat ini malah akan dikembangkan dengan lebih besar dan diharap akan jadi pemangkin kepada pensyarah USM untuk menjalankan penyelidikan serta membangunkan lagi nama USM,” tambah beliau.

Menurut Pensyarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) USM , Profesor Dr. Rahmah Noordin, turut menegaskan bahawa melalui STCN ini juga, dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

"Saya berharap agar beberapa lagi produk dapat dihasilkan khususnya untuk memberi manfaat kepada masyarakat selain dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk kecemerlangan universiti pada masa hadapan, ujar Rahmah mengakhiri perbualan.

Steinbeis Foundation Malaysia kini mempunyai Rangkaian Pusat Pemindahan di Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, UCSI University dan juga sebuah Gabungan Pusat Pemindahan Perindustrian Matematik-kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional. - Teks: Nor Rafizah Haji Md Zain & Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1735

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024