USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AFLES TERUS RELEVAN UNTUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TINGGI

WhatsApp Image 2017 08 04 at 11.39.14 AM

NILAI, 4 Ogos 2017 - ASEAN Future Leaders Summit (AFLES) 2017 yang diadakan buat kali kelima terus relevan bagi membantu pembangunan pendidikan tinggi di negara ini mahupun di negara-negara ASEAN yang lain.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia,  Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching penganjuran AFLES ini membuka peluang kepada semua peserta untuk memupuk dan membangunkan sifat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa di samping membantu menjalinkan jaringan dengan rakan-rakan di negara ASEAN.

WhatsApp Image 2017 08 04 at 11.39.14 AM1

"Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai penganjur utama AFLES yang bekerjasama dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Prince of Songkla University (PSU), Thailand," tambah Mary ketika merasmikan AFLES 2017 di AKEPT pagi ini.

AFLES mula diadakan pada tahun 2013 dengan hanya 100 orang peserta dan pada tahun ini terdapat seramai 170 orang peserta dari negara-negara ASEAN di samping dua peserta dari Pakistan menyertai AFLES. 

WhatsApp Image 2017 08 04 at 11.39.16 AM

Program selama 14 hari ini telah diadakan bermula 31 Julai sehingga 13 Ogos di beberapa tempat termasuk USM, PSU, UiTM, UUM dan AKEPT. 

Turut hadir adalah Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail; Pengarah AKEPT, Profesor Dr. Mohamad Kamal Harun; Timbalan Presiden, Organisasi dan Maklumat PSU Profesor Madya Patara Aiyarak dan Penasihat USM Postgraduate Student Association (PSA) Profesor Madya Dr. Anees Janee Ali. 

Teks: Nor Rafizah Hj. Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1298

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024