CDH USM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN ASNAF PARIT BUNTAR PERAK
PARIT BUNTAR, 1 Ogos 2017 - Pusat Senireka Kreatif (CDH) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyantuni golongan memerlukan apabila hadir untuk menyerahkan sumbangan hasil jualan Sampul Duit Raya yang telah dilaksanakan mereka pada Ramadhan yang lalu.
Sumbangan diserahkan kepada keluarga murid yang dikenalpasti dari Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Parit Buntar, Perak.
Menurut Pengurus Operasi CDH, Saiful Haizad Ahamad Jainid, setiap RM8/pek yang dibeli oleh orang ramai dan staf USM, RM1 daripadanya dikumpulkan dan pihaknya menggunakan wang tersebut untuk membeli sedikit keperluan barang dapur untuk keluarga murid terlibat serta sedikit wang saku berjumlah RM100 seorang kepada 10 orang murid terpilih dari golongan asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah.
"Semoga dengan sedikit usaha yang kami jalankan dan sumbangan daripada semua orang yang telah menjayakan program ini dapat meringankan bebanan yang keluarga ini tanggung," katanya lagi.
Rata-rata penerima sumbangan menzahirkan rasa kesyukuran dan berasa lega dengan bantuan ini kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung untuk meneruskan kehidupan seharian.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1353