USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BENGKEL KENALI DIRI PERKASA POTENSI PELAJAR

20150413 095605 resized 1

KUBANG KERIAN, 13 April 2015 - Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan menganjurkan orogram pembangunan nilai-nilai insan dalam memeta dan memurnikan pembangunan sahsiah diri melalui program "Kenali Potensi Diri" di Maahad Tahfiz Sains (Lelaki) Al-Kauthar Peringat, Kelantan.

Bengkel ini berfokus kepada cara-cara meningkatkan pencapaian akademik melalui penekanan kepada gaya personaliti, pengurusan masa, gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan anjakan paradigma.

20150413 095638 resized 1

20150413 095438 resized

Para peserta diberi bimbingan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan mengenali personaliti diri, pengurusan masa yang betul serta teknik untuk meningkatkan daya ingatan berkesan.

Menurut pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan yang juga fasilitator bengkel, Dr Mohd Najib Nik Pa, antara perkara yang diketengahkan melalui bengkel ini adalah bagaimana untuk berfikir di luar kotak, pengurusan kendiri dan pengurusan masa yang berkesan, sesuai dengan fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan konsep kemahiran kreatif dan inovatif di dalam diri pelajar.

20150413 095519 resized 1

"Melalui bengkel ini, USM boleh menjadi contoh jalinan hubungan antara Institusi Pengajian Tinggi dengan masyarakat secara berterusan demi mencapai pembangunan lestari untuk kebaikan generasi akan datang yang diharapkan mampu melahirkan pelajar yang unggul dari aspek akademik dah sahsiah diri,” tambahnya lagi. - Teks: Mohamad Iqmal Mathlan & Mohd Hafiz Yaacob/Foto: Abdul Aziz Latif

  • Created on .
  • Hits: 1785

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024