PENUTUPAN SEMENTARA JALAN DI SIMPANG DESASISWA HARAPAN
PULAU PINANG, 13 Julai 2017 – Warga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) diingatkan agar dapat menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan buat sementara waktu disebabkan penutupan jalan di simpang Desasiswa Harapan bermula pada 16 Julai 2017 sehingga 2 Ogos 2017.
Penutupan jalan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja mengorek dan menukar paip-paip utama di kawasan tersebut oleh pihak Jabatan Pembangunan USM yang mengambil kira aspek keselamatan buat pengguna laluan tersebut semasa kerja dijalankan.
Pengarah Jabatan Pembangunan USM, Arman Abdul Razak berkata, kerja-kerja tersebut mengambil masa dua minggu akan berjalan 24 jam sehari melibatkan jentera-jentera berat yang akan digunakan untuk kerja terbabit.
“Pihak Jabatan Pembangunan tiada pilihan melainkan menutup jalan tersebut atas sebab aspek keselamatan pengguna di kampus dan laluan alternatif telah dikenal pasti pada waktu puncak terutamanya jam 7.00 pagi dan 5.00 petang.”
Tambahnya lagi, laluan alternatif yang disediakan akan dipantau oleh Jabatan Keselamatan bagi melancarkan perjalanan kenderaan dan warga kampus boleh merujuk Jabatan Pembangunan sekiranya memerlukan maklumat terperinci.
Justeru itu, beliau berharap warga kampus yang menggunakan laluan ini sebagai laluan utama dapat bersabar dan memahami situasi dihadapi bagi tujuan keselesaan pada masa hadapan.
Maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Keselamatan di talian 04-6534999 atau Jabatan Pembangunan di talian 04-6532700 atau e-mel di alamat dev.usm.my.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
- Created on .
- Hits: 1262