USM, USIM CO-LEARN DAN CO-CREATE UNTUK KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI
PULAU PINANG, 26 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan co-learn bersama-sama dan seterusnya co-create bagi memacu kecemerlangan universiti dan pendidikan tinggi negara.
Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, pendidikan tinggi pada masa kini perlu relevan untuk menjadikan para pelajar dan seterusnya graduan untuk relevan bagi menghadapi era robotik dan automasi.
Beliau berkata demikian semasa sesi perjumpaan dan lawatan rasmi pengurusan tertinggi USIM ke USM yang diadakan bermula kelmarin sehingga hari ini merangkumi jamuan makan malam, sesi perjumpaan pengurusan tertinggi dan juga sesi percambahan ilmu bersama jabatan-jabatan yang berkaitan.
Hasil perbincangan antara kedua-dua pihak, antara resolusi yang dicapai adalah:
Penyelidikan
- USIM berhasrat bekerjasama dengan USM dalam melaksanakan projek MAKERS;
- Mengambil konsep mentor dalam penyelidikan, USIM berhasrat menggunakan kepakaran 100 penyelidik terbaik USIM sebagai mentor atau pemacu dalam bidang penyelidikan;
- USIM akan menjalankan kajian bagi projek berhenti merokok dari perspektif Islam.
Akademik
- Membenarkan ‘Credit Transfer’ bagi kedua-dua universiti untuk bidang yang dikenalpasti;
- USIM akan menjadi pusat wilayah tengah bagi pengajian pendidikan jarak jauh (PJJ) USM;
- USM dan USIM akan bersama-sama menawarkan Joint Degree bagi program Master of Islamic Banking dan program-program lain;
- USIM akan menawarkan program Pra-U untuk para pelajar sekolah agama dan tahfiz sebelum melanjutkan pengajian pendidikan jarak jauh (PJJ) di USM;
- Mewujudkan pembelajaran secara lebih fleksibel;
- Mewujudkan program francais secara bersama.
Kewangan
- USM dan USIM akan bersama-sama untuk memantapkan Skim Wakaf;
- Bekerjasama untuk memantapkan dan memaksimumkan fungsi Business Development Centre.
Majlis Pewakilan Pelajar
- USM akan mewujudkan paspot Global International Students Outreach (GISO) seperti yang dijalankan oleh USIM;
- Para peserta untuk pertandingan penyelidikan USIM iaitu I-Reka dicadangkan menyertai National Research and Innovation Competition (NRIC) yang dianjurkan oleh USM.
Hal-hal lain
- USM akan meningkatkan fasiliti sukan bercirikan Islam;
- Menawarkan tempat untuk latihan di HUSM kepada pelajar USIM;
- Memberi nilai tambah kepada hospital mesra ibadah.
Antara yang hadir adalah Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, Dekan-dekan dan pegawai tertinggi kedua-dua buah universiti.
Teks: Nor Rafizah Haji Md. Zain
- Created on .
- Hits: 2100