USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NOOR ATHIRAH TERIMA ANUGERAH GEMILANG MEDIA AKRILIK

18581764 1903390573238437 781522249528875467 n

ALOR STAR, KEDAH, 23 Mei 2017 – Noor Athirah Md Ghazali, pelajar tahun 2, jurusan seni halus di Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gemilang  bagi kategori Cat Minyak dan Akrilik dalam Pertandingan Kedahku Indah 2017 yang diadakan baru-baru ini.

“Kemenangan ini adalah bukti semangat dan cinta saya dalam bidang seni lukis dan saya ingin menyeru agar lebih ramai orang dalam apa golongan sekalipun untuk menerokai bidang ini yang mempunyai kebaikan dari segi psikologi, penjelajahan dan juga masa depan,” kata Noor Athirah di majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.

“Lebih 100 buah karya dipertandingkan dalam pertandingan ini dan alhamdulillah karya saya yang melambangkan identiti negeri Kedah yang tersendiri berjaya memenangi Anugerah Gemilang ini,” tambahnya.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Angkatan Pelukis Kedah sempena 40 tahun persatuan tersebut dan mempertandingkan tiga kategori iaitu Cat Minyak/Akrilik, Cat Air dan Campuran.

18557248 1903390569905104 2602813632824179365 n

Noor Athirah membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM5,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Langkawi, Kedah dan juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Hal Ehwal Masyarakat, Kerja Raya dan Pelancongan Negeri Kedah, Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid.

  • Created on .
  • Hits: 1473

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024