USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JERAYAWARA UniTP ORANGE BOOK ZON UTARA BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI USM

DSC 9624

PULAU PINANG, 11 Mei 2017 – Jerayawara University Transformation Programme (UniTP) Orange Book: Strengthening Academic Career Pathways and Leadership Development, Zon Utara, telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Murad Mohd Noor, Sains@USM, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini baru-baru ini.

Hampir 180 staf akademik yang terdiri daripada pensyarah USM serta wakil dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) and Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghadiri jerayawara tersebut.

Dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Institusi (BPI) USM, program tersebut telah membariskan 3 penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan akademik dan kepimpinan iaitu:

itp 56

i.   Profesor Dr. Abd Karim Alias – Pengarah, Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) USM yang juga ahli penulis UniTP Orange Book;

DSC 9647

ii.   Dr. Roszana Tapsir – Ketua Program, Pejabat Pengurusan Program (PMO), KPT; dan

itp 76

iii. Prof. Madya Dr. Mohd. Rusdan Mohd. Jailani – Timbalan Pengarah, Pusat Latihan Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang juga ahli penulis UniTP Orange Book.

Terdahulu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT kerana memilih USM sebagai tuan rumah untuk menganjurkan jerayawara ini yang disifatkannya amat penting dan bermanfaat dalam memberikan pendedahan dan garis panduan kepada staf di IPT khususnya staf akademik mengenai pelaksanaan 4 laluan kerjaya akademik dalam pembinaan kecemerlangan bakat (Talent Excellence).

DSC 9629

“Melalui program ini, kita akan diperkenalkan kepada kepentingan membina kecemerlangan bakat dan rangka kerja bagi empat laluan kerjaya akademik, proses pelaksanaan dan faktor-faktor penting dalam membangunkan serta mengekalkan kecemerlangan kepimpinan dalam laluan kerjaya yang berbeza (Differentiated Career Pathways, DCP),” katanya.

Jelas Asma lagi, DCP menyediakan rangka kerja untuk mewujudkan suatu ekosistem akademik yang membolehkan staf akademik di IPT memupuk dan menyerlahkan kecemerlangan dan kepimpinan dalam aspek pengajaran, penyelidikan, amalan profesional dan kepimpinan institusi.

UniTP Orange Book dilancarkan pada 14 Julai 2016 merupakan salah satu inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi) – PPPM (PT).

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1567

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024