USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENCAPAIAN USM DIPERTINGKATKAN

myra 1

PULAU PINANG, 4 Mei 2017 – Pencapaian Universiti Sains Malaysia (USM) akan dipertingkatkan lagi mulai sekarang dan pada masa hadapan dengan Gaya…USM serta ‘by design’ dan bukan lagi ‘by chance’.

“Jalinan kerjasama Quadruple Helix iaitu Kerajaan-Universiti-Industri-Masyarakat membentuk satu ekosistem yang mampan serta dapat meningkatkan ilmu dan sumber serta menjadikannya satu kolaboratif model,” kata  Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail ketika merasmikan Audit Tapak Pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi tahun 2016 di sini.

Tambah Asma, melalui penilaian ini, panel dapat memberikan tunjuk ajar supaya USM dapat co-learn untuk membantu dalam menjadikan USM sebagai sebuah universiti yang ternama di negara ini.

DSC 9085

Menurut Ketua Panel Penilai, Dato’ Profesor Emeritus Dr. Md Ikram Mohd Said, penilaian ini dijalankan adalah untuk mengesahkan pencapaian Universiti Penyelidikan (UP) dan menjadi tanda aras dalam pengagihan dana berdasarkan pencapaian MyRA.

“Terdapat beberapa seksyen yang dinilai semasa MyRA iaitu Kualiti dan Kuantiti Penyelidik, Penyelidikan dan Pasca Siswazah, Inovasi, Perkhidmatan Profesional dan Hadiah, Jaringan dan Jangkauan serta Kemudahan Sokongan,” tambahnya lagi.  

Md. Ikram mengetuai panel penilai seramai 5 orang ahli, bersama dengan 2 orang Pegawai Task Force, 4 Pegawai Sekretariat KPT dan 2 wakil Audit Negara.

DSC 9068

Penilaian MyRA ini diadakan pada setiap tahun untuk setiap UP dalam beberapa peringkat.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1804

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024